suria

Media berkumpul di pintu masuk Istana Negara, Anwar dijangka menghadap Agong jam 11 pagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi foto bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Facebook pada pagi Selasa.

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 11 pagi, Selasa.

Sejumlah anggota media berkumpul di luar Pintu 2 Istana Negara seawal jam 8 pagi, malah ada juga yang menanti di kediaman Anwar di Segambut untuk memantau pergerakan pemimpin politik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih tiada maklumat bila Anwar menghadap Agong - Fahmi Fadzil

Pintu masuk Istana 2 juga dikawal ketat dengan polis berpakaian seragam lengkap serta bersenjata sambil mengarahkan anggota media untuk tidak berada terlalu dekat dengan pintu gerbang.

Waktu Anwar menghadap Agong masih belum dinyatakan apabila pembantu dan pegawainya tidak mengeluarkan sebarang maklumat ketika dihampiri media.

Namun, beberapa sumber parti memaklumkan kepada The Star bahawa Anwar dijangka menghadap Agong pada pukul 11 pagi.

Dalam pada itu, Anwar turut berkongsi foto bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Facebook, pagi Selasa.

"Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini," tulisnya pada kapsyen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain