suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung gim di Aeon Bukit Tinggi sah positif Covid-19

Aeon, Fitness First, Covid-19, KKM

AEON Retail Malaysia memaklumkan seorang pelanggan di gimnasium Fitness First di pusat membeli-belah mereka di Bukit Tinggi, Klang, Selangor disahkan positif Covid-19.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Aeon Retail Malaysia Dr Kasuma Satria Mat Jadi berkata, pelanggan itu kali terakhir mengunjungi Fitness First pada 6 Oktober dari 3.13 petang hingga 4.40 petang.

"Fitness First telah diperintahkan untuk ditutup sehingga diberitahu kemudian. Kam bekerja sama rapat dengan pihak berkuasa dalam hal ini. Pembersihan segera dilakukan dengan mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ayuh sama-sama kita berdoa dan berharap kita semua dapat mengatasi dugaan ini. Kami mendoakan pihak terlibat agar diberi kesembuhan segera, ”katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Aeon Retail Malaysia pada hari Isnin. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain