suria

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah

Kejadian kebakaran di Teluk Intan, Perak.

SEORANG lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Jalan Selat di Teluk Intab, Perak, awal pagi Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pasukan bomba menemui mayat rentung, dipercayai berusia 70-an, di dalam rumah kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.40 pagi.

"Salah satu rumah musnah terbakar, manakala sebuah lagi hanya sebahagian yang terbakar," kata jurucakap itu.

Memetik laporan Bernama, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain