suria

Mid Valley Megamall, The Gardens Mall disanitasi susulan seorang pekerja outlet positif Covid-19

Pusat beli belah Mid Valley Megamall. Foto: The Star

PIHAK pengurusan pusat beli-belah The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) mengesahkan seorang pekerja penyewanya positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan, ia berkata kes tersebut membabitkan pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC), syarikat yang menguruskan Origani dan Élévatione Time Stops di TGM dan Surreal by Élévatione Time Stops di MVM.

Pekerja berkenaan telah memaklumkan pihak pengurusan di LSC pada 9 Oktober bahawa salah seorang ahli keluarganya terdedah kepada virus berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pusat beli belah BSC ditutup sementara waktu untuk proses disinfeksi susulan kakitangan sebuah outlet positif Covid-19

"Beliau bertindak mengasingkan dirinya secara kuarantin kendiri dan langkah-langkah telah diambil bagi membolehkannya menjalani ujian Covid-19 yang disahkan positif pada 10 Oktober. Beliau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala-gejala Covid-19," kata TGM dan MVM dalam satu kenyataan.

Pihak pengurusan TGM dan MVM telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian tersebut pada hari ini dan tiga outlet berkenaan diarah tutup sehingga notis selanjutnya.

Susulan itu, usaha sanitasi dan nyahkuman dilakukan di kawasan umum serta tiga outlet berkenaan.

Sejurus pengesahan kes tersebut, Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan dan disusuli dengan langkah pengesanan kontak.

"Kami telah melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan tahap kebersihan yang menyeluruh sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan di kedua-dua pusat beli-belah itu. Kami juga akan terus memantau rapat keadaan dan bekerjasama dengan semua pihak berwajib serta akan memaklumkan perkembangan sewajarnya," katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain