suria

Covid-19: Naik lagi! Malaysia rekod 561 kes pada Ahad, 5 kluster baharu dikesan

Sebanyak 561 kes baharu positif Covid-19 direkod pada Ahad. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 561 kes baharu, menjadikan keseluruhan 15,657 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 4,587 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 561 kes baharu yang dilaporkan, lapan adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 lagi korban di Sabah, 374 kes positif Covid-19 direkodkan... 73 dirawat di ICU

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 553 kes penularan tempatan, sebanyak 494 adalah warganegara dan 59 warga asing.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes," katanya pada sidang media, petang Ahad.

Beliau berkata, dua kes kematian tersebut dilaporkan di Sabah.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 133 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,913 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 90 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memberitahu terdapat lima kluster baharu Covid-19 dikesan pada Ahad.

Berikut perincian kes kematian pada Ahad:

1) Kes 156 (kes 14,259) ialah seorang lelaki berumur 67 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit tuberkulosis dan penyakit jantung, mangsa telah meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent., Sandakan

2) Kes 157 (kes 15,584) ialah seorang lelaki berumur 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi, beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, kluster, ICU

Artikel Lain