suria

47 kes baharu Covid-19... 31 jangkitan di Sabah, Kedah tambah 14 lagi

Sebanyak 47 kes positif Covid-19 direkodkan pada Ahad. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 47 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,915 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 591 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 47 kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warga asing yang tiba dari Maldives dan Maghribi.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 58 kes baharu, 53 penularan dalam negara

Sementara itu, daripada 45 kes penularan di dalam negara, 28 kes melibatkan warganegara manakala 17 kes melibatkan warga asing.

Sebanyak 31 kes direkodkan di Sabah di mana 22 kes daripada Kluster Benteng di Lahad Datu, empat kes saringan warga emas di klinik kesihatan, dua kes saringan di pusat kuarantin, satu kes saringan petugas kesihatan, satu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat; dan satu kes Infuenza-like illness (ILI).

Baki 14 kes penularan tempatan pula direkodkan di Kedah dengan 13 daripadanya melibatkan Kluster Tawar dan satu kes daripada Kluster Sungai.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 128 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,196 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain