suria

Covid-19: Malaysia catat 58 kes baharu, 53 penularan dalam negara

Malaysia merekodkan 58 kes baharu pada Sabtu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 58 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,868 kes setakat Sabtu.

Daripada 58 kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kembali meningkat 3 angka, Malaysia catat 182 kes baharu pada Jumaat

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 128 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, lapan kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,189 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes penularan tempatan:

Daripada 53 kes penularan dalam negara, 29 kes adalah warganegara Malaysia manakala 24 adalah bukan warganegara.

Ia melibatkan 48 kes di Sabah (44 kes Kluster Benteng LD dan tiga kes Kluster Laut).

Selebihnya, lima kes di Kedah daripada Kluster Sungai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain