suria

Kembali ke 2 angka... 24 kes positif Covid-19, 13 libatkan Kluster Sungai di Kedah

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 24 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,583 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 312 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 24 kes baharu yang dilaporkkan, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tiga warga Malaysia dan tiga bukan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali 3 angka! Malaysia catat 100 kes positif Covid-19,85 penularan tempatan... Kluster Benteng paling tinggi

Menurut Dr Noor Hisham, kes import yang melibatkan bukan warganegara telah memasuki Malaysia sebelum pelaksanaan sekatan kemasukan yang berkuatkuasa pada 7 September 2020.

Beliau menambah, 18 kes adalah penularan tempatan, terdiri daripada 16 warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak tujuh kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,143 kes.

"Sehingga kini, terdapat tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Mengenai 18 kes penularan dalam negara, Dr Noor Hisham berkata, 13 kes daripada Kluster Sungai di Kedah dan dua daripada Kluster Benteng LD di Sabah.

Menurut beliau, manakala satu kes masing-masing bagi Kluster Tawar, Kluster Telaga dan kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain