suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak umur 11 tahun selamba pandu treler, bapa direman 2 hari

Bapa kepada kanak-kanak berusia 11 tahun itu direman dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

SATU rakaman memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah treler tular di media sosial sejak Isnin.

Malah, ia turut dihujani pelbagai kecaman netizen yang rata-ratanya cukup risau dengan apa yang dipaparkan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bengang... 2 insiden pada hari sama, selepas kereta ada pula bawa treler - “Kau tunggu je lah kena kutip nanti”

Dalam perkembangan terbaharu, bapa kepada kanak-kanak berusia 11 tahun itu direman dua hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan, ACP Mohd Said Ibrahim, dalam kenyataan ringkas mengesahkan penahanan lelaki berusia 39 tahun itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video di aplikasi WhatsApp, yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur sedang memandu sebuah treler jenis Hino.

Sebelum itu, ia merupakan video kedua membabitkan kanak-kanak memandu kenderaan yang tular pada hari sama.

Sebelum itu, tular aksi seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dalam kejadian di Rembau. - Bernama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain