suria

Pencemaran Sungai Gong: Dua pekerja kilang direman 6 hari

Dua pekerja kilang direman enam hari bagi membantu siasatan kes pencemaran di Sungai Gong. Foto: Bernama

SELEPAS empat pengurus kilang direman ekoran pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang, terbaharu dua pekerja kilang turut dikenakan tindakan yang sama.

Kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 57 tahun ditahan reman enam hari mulai Isnin.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran bau sungai akibatkan gangguan bekalan air Selangor, 4 beradik direman 6 hari

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada 9.15 pagi Isnin selepas ditahan pada Ahad di sebuah premis di Jalan Batu Arang, Rawang.

Mereka ditahan reman bagi siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada Sabtu lalu empat pengurus kilang dalam lingkungan usia 50 hingga 60 tahun direman enam hari sehingga Khamis ini berhubung kejadian sama mengikut seksyen sama.

Susulan pencemaran minyak daripada kilang berkenaan, smpat loji rawatan, iaitu Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1,2 dan 3 dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas.

Keadaan tersebut mengakibatkan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual ke 1,292 kawasan di beberapa daerah Lembah Klang. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain