suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON95, RON97 turun bermula tengah malam ini

Harga ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun satu sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 11 September.

Harga runcit petrol RON97 turun daripada RM2.02 seliter kepada RM2.01 seliter.

RON95 pula turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.71 seliter.

Kementerian Kewangan (MOF), dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel pula kekal pada paras RM1.78 seliter.

Harga ditetapkan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurut kementerian itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

RON95, RON97, diesel

Artikel Lain