suria

Kes kembali ke 2 angka... 39 positif Covid-19

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 39 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,943 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 212 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau memberitahu, daripada 39 kes baharu yang dilaporkan, 11 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan tujuh bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes kembali 1 angka, 7 positif Covid-19 direkodkan pada Isnin

Tambah Dr Noor Hisham, daripada 28 kes penularan di dalam negara, 22 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan enam kes adalah bukan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Dr Noor Hisham berkata, enam kes yang telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,607 kes.

"Sehingga kini, hanya satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan beliau memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Pada Isnin, sebanyak tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain