suria

Kes kembali 1 angka, 7 positif Covid-19 direkodkan pada Isnin

Malaysia catat tujuh kes pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan tujuh kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,904 kes setakat Isnin.

Daripada tujuh kes baharu yang telah dilaporkan, empat merupakan kes import, manakala selebihnya adalah kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri beri penjelasan selepas ramai risau tak boleh rentas negeri sambut Aidiladha

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 124 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 124 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, satu kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,601 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, tiada kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain