suria

Terkini 15 kes Covid-19, 11 libatkan jangkitan tempatan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas orang awam. Foto Bernama

PERKEMBANGAN kes Covid-19 di Malaysia merekodkan 15 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,815 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 130 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tiga warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Tambah Dr Noor Hisham, daripada 11 kes penularan tempatan, 10 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes," katanya pada sidang media, petang Selasa.

Setakat Selasa, tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,562 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain