Buat persiapan sambut pelajar esok, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

Mangsa meninggalkan seorang balu yang juga seorang guru di sebuah sekolah lain. foto BERNAMA.

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa.

Menerusi kejadian pada 12.30 tengah hari, guru berusia 54 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Sewaktu kejadian, mangsa sedang memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan untuk menerima kemasukan pelajar pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusuf berkata kejadian berlaku semasa guru yang sedang memijak kerusi plastik itu tiba-tiba tergelincir, lalu terjatuh dari balkoni, dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala kerana terkena bucu longkang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati guru yang telah hampir 17 tahun mengajar matematik di sekolah berkenaan terjatuh pada ketinggian tiga meter semasa hendak memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan pembukaan sekolah esok.

"Ketika kejadian, terdapat dua guru lain yang hanya mampu melihat kejadian tetapi tidak sempat memberi pertolongan kerana kejadian berlaku dengan pantas," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah, Kelantan pada Selasa.

Zainuddin berkata lelaki itu meninggalkan seorang balu yang juga seorang guru di sebuah sekolah lain di daerah ini serta lima orang anak.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

guru, sekolah, maut

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain