suria

Kembali dua angka, 14 kes Covid-19 direkodkan, 3 libatkan jangkitan import

Terdapat 14 kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada Ahad. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN mengenai wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 14 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,718 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Beliau berkata, daripada 14 kes baharu itu, tiga kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang kesemuanya melibatkan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 26 hari, lelaki 72 tahun korban ke-122 akibat Covid-19... hanya 8 kes positif direkodkan

Sementara itu, daripada 11 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah dalam kalangan warganegara dan lapan kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Beliau juga memaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes.

Setakat Ahad, empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,519 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, tiga kes positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain