suria

Kematian akibat Covid-19 kekal 121, Malaysia catat 5 kes positif baharu

Malaysia merekodkan lima kes positif Covid-19 pada Ahad.

MALAYSIA merekodkan lima kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,663 kes setakat Ahad.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada lima kes tersebut, tiga merupakan kes import membabitkan jangkitan luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tambah 10 lagi kes positif Covid-19,7 jangkitan dari Arab Saudi

Dimaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 121 kes," ujar kenyataan itu.

Sehingga hari ini, empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,465 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain