suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tidak dibenarkan sama sekali... di mana saja, termasuk di rumah” – Ismail Sabri tegaskan khidmat gunting rambut masih dilarang

Sebarang perkhidmatan gunting rambut termasuk yang menawarkan servis itu ke rumah adalah dilarang sepanjang PKPB.

PERKHIDMATAN gunting rambut masih tidak dibenarkan kerana tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa perkhidmatan gunting rambut di rumah pelanggan juga dilarang.

"Untuk kedai gunting, memang tidak dibenarkan sama sekali.

"Setakat ini, kedai gunting rambut masih dalam senarai terlarang. Di mana saja, termasuk di rumah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bilakah kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi termasuk prosedur operasi standard (SOP), berikutan kes Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan.

Ini termasuk cadangan orang awam menggunakan perkhidmatan gunting rambut peribadi ke rumah.

Mengenai SOP kedai gunting rambut, Ismail Sabri berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"SOP sedang disediakan. Setakat ini, belum dibentangkan dalam mesyuarat khas menteri-menteri.

"Kita menunggu MKN untuk membentangkan SOP sekiranya telah bersedia. Setakat ini belum lagi.

"Selepas itu baru kita putuskan sama ada untuk membenarkan kedai-kedai gunting rambut dibuka atau tidak. Tarikh pun bergantung kepada SOP yang dibentangkan nanti," katanya.

Sejak kebelakangan ini, banyak perkhidmatan gunting rambut peribadi terutama yang menawarkan servis berkenaan ke rumah membuat promosi di laman sosial.

Ini termasuk pelanggan yang turut berkongsi pengalaman mereka melanggan perkhidmatan tersebut dan dikongsikan di media sosial.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

gunting rambut, servis, rumah,

Artikel Lain