suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak boleh buka sesuka hati” - Popular bukan tiket untuk pengusaha kedai mamak, pelanggan langgar SOP

Mana-mana pengusaha restoran diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan kerajaan. (Gambar Hiasan)

KELONGGARAN yang diberi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan orang ramai kembali 'melepak' di kedai-kedai mamak seperti biasa.

Namun, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi pesanan tegas kepada pengusaha serta pelanggan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan.

"Tidak ada keistimewaan dari segi pematuhan SOP termasuk kedai mamak. Walaupun kedai mamak popular, kalau dulu boleh duduk sampai subuh. SOP perlu dipatuhi oleh sesiapa sahaja, oleh pengusaha mana sekalipun.

"Mana-mana restoran mesti mematuhi SOP yang ditetapkan. Ia perlu ditutup pada pukul 10 malam. Itu jelas dah ada dalam peraturan," ujarnya pada Isnin.

Menurut Ismail, mereka juga harus memastikan wujudnya penjarakkan sosial, pengambilan suhu, serta merekod data nama dan nombor telefon pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit.

"Oleh kerana mereka popular,tak boleh buka sesuka hati," ujarnya lagi.

Ismail turut memberi jaminan untuk mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengambil tindakan ke atas mana-mana kedai mamak yang melanggar SOP.

Sebelum ini, tular foto pelanggan di kedai mamak yang kelihatan sedang 'melepak' tanpa adanya penjarakan sosial, seolah-olah negara sudah bebas Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain