suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

83 kanak-kanak bawah 4 tahun antara 315 budak dijangkiti Covid-19

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang kanak-kanak. Foto Bernama

SEHINGGA kini, seramai 315 pesakit yang dijangkiti Covid-19 adalah kanak-kanak berusia 14 tahun ke bawah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seramai 83 pesakit adalah kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah.

“Umur antara lima hingga sembilan tahun ada 83 pesakit, dan antara 10 hingga 14 tahun seramai 149 pesakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi berusia 12 hari pesakit termuda Covid-19 di Malaysia - KP Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi korban Covid-19, terkini Malaysia catat 110 kes positif baharu

“Total bagi umur 14 tahun ke bawah adalah seramai 315 pesakit,” katanya pada sidang media, petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jumlah pesakit kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 di seluruh negara setakat ini.

Bilangan kes Covid-19 mengikut umur. Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr Noor Hisham berkata, jumlah tersebut merangkumi kira-kira enam peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, kebiasaannya pesakit kanak-kanak mendapat jangkitan bersama keluarga mereka sama ada ibu atau bapa.

“Kalau mereka dapat sekali jangkitan, kita akan letakkan mereka (rawatan) dalam wad atau bilik bersama.

“Tapi kalau kanak-kanak dijangkiti, ibu bapa tidak dijangkiti, dan ibu atau bapa nak menjaga anak, mereka perlu memberikan persetujuan secara bertulis,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa digalakkan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) semasa menjaga anak mereka di wad.

Terdahulu, Dr Noor Hisham pada sidang media memberitahu bahawa bayi berusia 12 hari merupakan kes termuda yang disahkan positif Covid-19 di negara ini.

kanak-kanak, bayi, Covid-19

Artikel Lain