suria

Satu lagi korban Covid-19, terkini Malaysia catat 110 kes positif baharu

KKM memperincikan jumlah kes terbaharu Covid-19 di negara ini setakat Khamis.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 110 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,182 kes setakat Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan satu lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 84 kematian keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 85 kes baharu Covid-19, 1 kes kematian libatkan lelaki 69 tahun

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 84 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Setakat ini, 56 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 29 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 119 pesakit Covid-19 dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan keseluruhan 2,776 bersamaan 53.4 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Berikut perincian kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Khamis:

- Kes kematian ke-84 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang sakit jantung dan darah tinggi.

- Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 9 April 2020 dan meninggal dunia pada 15 April 2020, jam 12.55 tengah hari.

KKM, PKP, Covid-19, Datuk Dr Noor Hisham

Artikel Lain