Tiada bukti kukuh vaksin BCG boleh elak jangkitan Covid-19 - Dr Noor Hisham

Buat masa ini KKM hanya menggunakan ubat-ubatan off labour dalam merawat pesakit Covid-19.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan satu kajian di Amerika Syarikat (AS) bahawa vaksin BCG mampu mengelak jangkitkan Covid-19.

“Setakat ini tak ada dalil yang kukuh untuk kita katakan BCG boleh elakkan jangkitan Covid-19. 

“Tapi kajian sedang dilaksanakan bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan negara-negara lain untuk melihat vaksin tersebut.

“Kita harap tempoh diambil mungkin lebih kurang setahun atau setahun setengah barulah kita dapat vaksin ini di pasaran. Jadi memakan masa,” katanya pada sidang media petang Selasa.

Walaupun Malaysia sudah menemui compound untuk vaksin tersebut, Dr Noor Hisham berkata penyelidikan perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Jadi penyelidikan ini mungkin akan dilaksanakan dengan negara lain. Malaysia juga mungkin akan dikenalpasti guna vaksin tersebut untuk penyelidikan.

“Biasa tempoh enam bulan hingga sembilan bulan. Jadi kita tunggu penyelidiakan ini dijalankan. Apa yang penting Malaysia dikenalpasti sebagai satu negara dalam kaji selidik solidariti WHO,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, ketika ini KKM menggunakan ubat-ubatan off labour dalam merawat pesakit Covid-19.

“Jadi kita melihat pada ubat-ubatan contohnya Hydroxychloroquine… Lopinavir/Ritonavir. Jadi banyak ubat yang tengah kita lihat sebagai satu kajian untuk pesakit kita.

“Sekarang kita menggunakan ubat anti malaria, ubat anti HIV tapi off labour use bukan dalam penyelidikan. Apa yang penting kita kena ada penyelidikan untuk lihat kesan sampingan dan kebekesanan ubat tersebut.

“Jadi kita harap dengan kajian bersepadu dengan negara lain dapat kita hasil dengan penyelidikan dan data-data yang dapat digunapakai pada masa depan,” katanya.

vaksin, BCG, Covid-19, Dr Noor Hisham, KKM

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain