suria

Guru, 20 pelajar sekolah tahfiz di Jasin positif Covid-19

Jangkitan melibatkan pelajar-pelajar itu dipercayai berkiatan dengan indeks kluster tabligh di Masjid Sri Petaling. (Gambar Hiasan).

SERAMAI 70 penghuni sebuah sekolah tahfiz di Jasin, Melaka dikuarantin selepas sebilangan daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Kata Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, mereka kini diletakkan di pusat kuarantin di Alor Gajah selepas seorang guru dan 20 pelajar didapati positif virus itu.

Ujarnya, jangkitan melibatkan pelajar-pelajar itu dipercayai berkiatan dengan indeks kluster tabligh di Masjid Sri Petaling.

"Pelajar akan dikuarantin 14 hari," ujarnya.

Kesemua pelajar tersebut dalam lingkungan usia 13 sehingga 21 tahun.

Untuk rekod semasa, Jasin kini diletakkan dalam kategori zon merah Covid-19. - The Star.

tahfiz, Jasin, Melaka, Covid-19

Artikel Lain