suria

Selangor terus catat kes tertinggi Covid-19, separuh di Hulu Langat

Petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 ke atas orang awam. Gambar hiasan/Foto Bernama

SELANGOR terus mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tertinggi di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, salah satu punca jumlah itu direkodkan kerana pusat-pusat tahfiz dan madrasah yang mempunyai kaitan dengan jemaah tabligh yang pernah berhimpun di masjid di Sri Petaling, baru-baru ini.

“Perkampungan di Hulu Langat mencatatkan kes positif sebanyak 300 kes setakat ini. Selangor ada lebih 600 kes, di mana separuh daripadanya di Hulu Langat,” katanya pada sidang media, petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Terus meningkat! Malaysia catat 217 kes baharu Covid-19, tiga lagi meninggal dunia

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan kes positif Covid-19 di Hulu Langat daripada 287 kes pada Khamis kepada 300 kes pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan kes positif Covid-19 di Hulu Langat daripada 287 kes pada Khamis kepada 300 kes pada Jumaat.

“Di Kampung Sungai Lui ada 90 kes di mana 25 kes berkaitan dengan jemaah di Sri Petaling dan 65 kes kontak rapat.

“Bukan di Kampung Sungai Lui ada 210 kes di mana 25 berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling dan 185 kes kontak rapat dengan yang lain.

“Memang antara salah satu sebab 50 peratus daripada kes-kes Covid-19 di Selangor adalah berkaitan dengan jemaah yang berhimpun di Sri Petaling, dan sekarang telah merebak ke madrasah-madrasah,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa kini jangkitan Covid-19 telah menular di madrasah-madrasah di Hulu Langat.

Perkembangan terkini mengenai Covid-19 di Malaysia menyaksikan pertambahan 217 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu setakat Jumaat sebanyak 3,333 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, 58 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak 53 kes.

Artikel Lain