suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19:“Jangan salahkan jemaah tabligh, jangan diskriminasi mereka”

Seramai 13,000 jemaah tabligh telah menjalani saringan dan ujian virus Covid-19.

JEMAAH tabligh tidak seharusnya disalahkan dan dianggap sebagai punca penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Malahan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat Malaysia keseluruhannya tidak mendiskrimasi golongan itu.

Sebaliknya, jelasnya, perkara utama sekarang adalah orang ramai membantu  mengesan kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kenalan mereka supaya dapat dirawat.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kes Covid-19 terus meningkat... 64 pesakit di ICU, 24 perlukan bantuan pernafasan

“Janganlah kita persalahkan jemaah tabligh.

“Janganlah kita mendiskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya, Selasa.

Seramai 14,500 jemaah telah menghadiri Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur bermula 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sehingga kini, KKM telah membuat saringan terhadap 13,000 jemaah dan 6,700 sampel mereka telah diambil. Daripada jumlah itu, seramai 986 jemaah telah disahkan positif.

Dr Noor Hisham berkata, risiko dalam kalangan jemaah tabligh adalah tinggi dan dengan itu menjadi keutamaan ketika ini.

"Arahan sudah dikeluarkan dan mulai esok semua individu yang ada kaitan dengan jemaah tabligh akan menjalani saringan dan ujian walaupun tanpa gejala," katanya.












tabligh, Covid-19, Noor Hisham

Artikel Lain