suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota polis disimbah asid di hadapan rumah, pemilik trak tunda mengaku tak bersalah

Tertuduh dibenar ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan serta dilarang mengganggu mangsa atau saksi pihak pendakwaan.

SEORANG pemilik trak tunda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang pada Selasa atas pertuduhan menyimbah anggota polis dengan asid, minggu lepas.

Pengakuan Aziz Mohd, 41, daripada Kemaman, Terengganu direkodkan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Aziz didakwa melakukan perbuatan itu yang mendatangkan kecederaan parah terhadap Sarjan Kamarul Zaharin Abdullah, 51, di hadapan sebuah rumah di Indera Mahkota di sini, pada 6.10 petang, 24 Februari lepas.

Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Dazuki membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan serta dilarang mengganggu mangsa atau saksi pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala Aziz diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. - BERNAMA.

trak tunda, simbah asid

Artikel Lain