suria

“Bagi mereka Tun M merencanakan semua ni” - Pembantu Dr Mahathir dedah kisah di sebalik ‘Langkah Sheraton’

Dr Mahathir Mohamad.

MESKIPUN teka-teki perdana menteri kelapan sudah terjawab dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun pelbagai teori konspirasi politik mengenai kemelut kepimpinan negara sejak minggu lalu mulai timbul.

Antaranya mengenai ketegangan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Februari lalu sehingga membawa kepada keruntuhan kerajaan pakatan itu.

Menurut pembantu Tun Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin segalanya bermula apabila team kartel Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bermesyuarat di Hotel Sheraton manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 23 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M dakwa haknya dinafikan, langkah seterusnya... undi tak percaya di Dewan Rakyat

ARTIKEL BERKAITAN:Tolak kerajaan pintu belakang, Majlis Presiden PH sepakat sokong Tun M sebagai perdana menteri ke-8

"Dalam mesyuarat tu, Tun M tak setuju kalau nak ambil Umno (satu blok) sebagai sebuah parti. 

"Tun M tak nak Zahid, Azeez semua masuk. Kau gila. Penat penat kita berjuang lawan diaorang. Ada yang masuk jel apa semua akhirnya nak terima diaorang balik dan ambil jadi kerajaan?

"Atas dasar prinsip. Tun tolak. Nak terima ahli Parlimen sikit sikit boleh. Bukan satu parti sekali gus macam tu," katanya dalam satu posting di Facebook.

Adam Mukhriz berkata Dr Mahathir dalam nada menahan sebak memberitahu pimpinan tertinggi parti "jangan paksa saya langgar prinsip saya."

Antara yang menyokong pendirian Dr Mahathir adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Abu Bakay Yahya, Datuk A.Kadir Jasin dan Ulya Husamudin.

Anwar dan Dr Wan Azizah semasa sidang media khas Pakatan Harapan pada 26 Februari lalu.

Jelas Adam Mukhriz lagi keputusan itu bagaimanapun tergantung bagi memberikan ruang kepada Dr Mahathir untuk membuat keputusan.

"Azmin waktu tu pun sama nak berharap Tun ubah fikiran. Tun pun balik rumah. Dekat rumah, Haji Hadi, Azmin, Fadilah GPS, Zahid Hamidi, Abang Johari, Tan Sri Muhyiddin semua datang bincang kat rumah pulak next plan.

"Masa ni lah Zahid keluar kan syarat-syarat dia antara jawatan kanan kabinet, kena ambil semua sekali atau tak nak terus, dan minta buat keputusan sekarang juga.

"Kenapa mereka paksa buat keputusan sekarang? Sebab Najib punya kes, Zahid punya kes akan ada keputusan tak lama lagi. Maka mereka perlu keputusan segera! Tun kata kerja bodoh. Belum apa apa dah ugut.

"Okaylah. Malam tu berlaku la Langkah Sheraton. Berpeluk gila sakan. Ku Nan datang macam menteri orang tolong buka laluan, semua yang ada malam tu dah berangan pilih nak kementerian itu ini. Gila! No way!" katanya.

Adam Mukhirz berkata pemimpin Pakatan Harapan mula bertemu dengan Dr Mahathir keesokan harinya.

"Tun tak ada kat office then tahu Tun kat rumah, mereka pergi kat rumah. Ingat tak yang mereka tunggu kat luar? Tun tak sihat. Ye lah stress fikir. Lepas dari tu barulah seorang demi sorang jumpa Tun M dalam rumah. 

"Sebelum jumpa ni, mereka ni anggap Tun M la orang paling jahat. Bagi mereka Tun M lah orang yang merencanakan semua ni. Kerajaan Pintu Belakang atau Langkah Sheraton ke apa.

"Selepas jumpa seorang demi seorang jumpa Tun, mereka dah di'explain' apa semua. Mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada coalition kepada semua parti tapi waktu tu dah terlambat. Tun M telah pun letak jawatan," katanya.

Muhyiddin memulakan tugasnya sebagai perdana menteri secara rasmi pada Isnin.

Kata Adam Mukhriz lagi, Dr Mahathir tidak mahu menjadi perdana menteri kerana dia tidak boleh memimpin Pakatan memandangkan Bersatu sudah mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan.

"Actually kerajaan PH dah tumbang. Jadi Tun M tak nak jadi PM dalam kerajaan Umno ni tadi. Tun juga letak jawatan Pengerusi Bersatu sebab tak setuju dengan pendirian Bersatu yang dibuat Tan Sri Muhydidin.

"So Tun M pergilah jumpa Agong dan jadi PM Interim. And Agong kata nak jumpa sorang sorang. Malam tu PH buat Majlis Presiden tanpa Tun M. Sebab Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu dia tak boleh hadir.

"Bagi PH pula mungkin ingat Tun M tak ikhlas sebab tak datang. Maka mereka calonkan Anwar sebagai PM," katanya.

Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong bertemu semua ahli Parlimen, Adam Mukhriz berkata Agong memaklumkan Dr Mahathir bahawa tidak siapa mendapat majoriti.

Justeru katanya, Dr Mahathir mencadangkan perkara itu dibawa ke Dewan Rakyat tetapi ditolak Speaker.

Susulan itu, pemimpin Pakatan kembali menyokong Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri kelapan.

"Tun setuju untuk jadi PM balik dengan beberapa syarat yang mana mereka pun bersetuju. Sebelum tu, Bersatu buat ketetapan untuk namakan Muhyiddin sebagai PM dan bersetuju dengan Umno dan PAS secara blok. Which is Tun M tak nak.

"Jadi bila pergi ke Istana pagi tu, semua dah bawa nama. Bersatu, PAS, Umno sokong Muhyiddin dan PH sokong Tun M. Warisan datang kemudian," katanya.

Adam Mukhriz turut berkongsi momen sedih Dr Mahathir apabila beliau kehilangan sokongan beberapa ahli Parlimen yang dianggap sebagai kawan.

"Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya. Pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat beliau.

"Banyak pengajaran kita dapat dari cerita ni. Tamak dan gelojoh. Bila ada pemimpin yang mahu itu ini tapi tak reti sabar gini la jadinya. Hati hati dengan orang kita percaya," katanya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain