suria

Tiada perjumpaan PM dengan pemimpin politik hari ini - PMO

Muhyiddin menunjukkan pas Jabatan Perdana Menteri miliknya pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan di Bangunan Perdana Putra pada Isnin. Foto Bernama

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik pada Isnin.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memberitahu, Muhyiddin dijadualkan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan ketua-ketua jabatan serta agensi bagi menyelaraskan pentadbiran kerajaan.

“Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini (Isnin),” menurut PMO dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bicara kes Zahid tangguh hanya sehari – “Saya mahu mahkamah tentukan keputusannya walaupun...”

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin mula tugas sebagai PM hari ini

Selain itu, pada tengah hari Isnin, Muhyiddin berkesempatan meluangkan masa menziarahi pusara bapa, ibu dan keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Bakri di Muar, Johor.

Muhyiddin menyiram air mawar ketika menziarahi pusara ibu dan bapanya, Khadijah Kasim dan Muhammad Yassin Mohamad di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (kiri) dan abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Yassin. Foto Bernama

Terdahulu, media melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin menangguhkan perbicaraan kes membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi yang dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dilaporkan, Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Ahmad Zahid, 66, menerusi peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik, supaya perbicaraan ditangguhkan pada Isnin bagi memberi ruang kepadanya berbincang dengan Muhyiddin untuk urusan pembentukan kabinet baharu.

Artikel Lain