suria

Bicara kes Zahid tangguh hanya sehari – “Saya mahu mahkamah tentukan keputusannya walaupun...”

Ahmad Zahid Hamidi. Foto Bernama

PERBICARAAN kes pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya ditangguhkan sehari pada Isnin.

Dilaporkan, penangguhan itu berikutan beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan perdana menteri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid yang merupakan Presiden Umno berkata, perbicaraan kes membabitkan dirinya akan disambung semula seperti biasa pada Selasa, 3 Mac 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid ke mahkamah lagi, berdepan pertuduhan ke-47

"Kes saya ditangguhkan untuk hari ini 2 Mac 2020 (Isnin) sahaja.

"Esok 3 Mac 2020 (Selasa), kes akan disambung semula seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, kes tersebut tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes sebelum ini.

"InsyaAllah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

"Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih," katanya.

Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018, serta 20 Februari 2019, Ahmad Zahid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seysen di Kuala Lumpur terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.


Artikel Lain