suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: 2 lagi pesakit di negara ini sembuh, 5 masih di hospital

Jumlah kes di Malaysia kekal 22.

SITUASI penularan virus Covid-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan positif apabila dua lagi pesakit kini sudah sembuh.

Pesakit lelaki berusia 27 tahun wanita 32 tahun warganegara China itu sebelum ini ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 pesakit sembuh Covid-19 dibenar keluar hospital

Mereka bagaimanapun sudah dibenarkan keluar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sejumlah 17 pesakit Covid-19 sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

"Tiada kes terbaharu dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) pada hari ini (Khamis).

"Jumlah kes di Malaysia kekal 22 dengan lima lagi kes masih dirawat di hospital," ujarnya.

Tambahnya, lima pesakit itu berada dalam keadaan stabil.

Tiga daripada mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi di Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sungai Buloh. - The Star.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia