suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KP Kesihatan nafi wujud kes koronavirus di Ipoh

Noorhisham menafikan perkara yang ditularkan di media sosial kononnya seorang pelajar dari Wuhan yang kembali ke Malaysia dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana positif koronavirus.

BERITA yang tular di media sosial kononnya kes novel koronavirus (2019-nCoV) telah dikesan di Ipoh, adalah tidak benar sama sekali.

Sambil menafikan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyarankan netizen agar tidak menularkan berita palsu.

Beliau mengulas mengenai perkara yang ditularkan di media sosial kononnya seorang pelajar dari Wuhan yang kembali ke Malaysia dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana positif 2019-nCoV.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan halang mereka” - Kerajaan tiada rancangan sekat pelancong China masuk Malaysia, hanya lakukan saringan

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Rakyat Malaysia di Wuhan selamat, kedutaan sentiasa pantau situasi

Menurutnya lagi, keputusan ujian makmal IMR mengesahkan negatif untuk 2019-nCoV.

"Saya ingin sarankan agar netizen di media sosial jangan tularkan dan cetuskan berita palsu yang tidak benar atau belum disahkan," katanya dalam laman Facebook, pada Sabtu.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru, Johor, positif koronavirus, atau disebut juga Wuhan koronavirus.

Ketiga-tiga pesakit itu, yang diasingkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh, adalah keluarga rapat kepada seorang lelaki warga China berumur 66 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapura pada 20 Januari dan disahkan pada 23 Januari sebagai kes pertama Singapura dengan individu yang sah positif mengalami virus itu.

Ketiga-tiga pesakit itu terdiri daripada isteri pesakit di Singapura, 65, dan dua cucu pasangan berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia