Koronavirus: Mufti Wilayah saran umat Islam buat solat hajat - Semasa | mStar

Koronavirus: Mufti Wilayah saran umat Islam buat solat hajat

Dr Zulkifli menyeru umat Islam di negara ini mengerjakan solat sunat hajat bagi memohon kepada Allah supaya menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit.

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru umat Islam di negara ini mengerjakan solat sunat hajat bagi memohon kepada Allah supaya menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit.

"Umat Islam disarankan melaksanakan solat hajat bagi memohon kepada Allah SWT supaya menyelamatkan Malaysia daripada sebarang wabak," tulisnya di Twitter pada Sabtu.

Saranan Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga kes jangkitan koronavirus yang pertama di negara ini, pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka sudah ada perancangan melawat” - Ramai pertikai bagaimana ahli keluarga lain ‘lepas’ masuk Malaysia walau dua dah ditahan di Singapura

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri sahkan 3 pelancong warga China masuk Malaysia positif koronavirus

Dalam pada itu menurut Zulkifli, pejabatnya juga akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh berhubung pengurusan jenazah terhadap mangsa koronavirus dalam masa terdekat.

"Saya berdoa kepada Allah SWT semoga wabak koronavirus dapat disisihkan dari Malaysia," tulisnya.

Tambah Zulkifli, buat masa ini kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak itu melalui pelbagai medium.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media mengumumkan tiga warganegara China kini ditahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selepas disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV).

Dr Dzulkefly berkata tiga pelancong yang disahkan positif virus tersebut adalah isteri kepada lelaki yang ditahan di Singapura berusia 65 tahun dan dua cucu lelakinya yang berusia dua dan 11 tahun yang masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru, Johor pada 23 Januari.

Ketiga-tiga mereka yang ditahan di Hospital Sungai Buloh dilaporkan dalam keadaan stabil dan diletakkan di wad berasingan.

Sehingga kini 1,300 orang disahkan terkena jangkitan wabak koronavirus dan peningkatan kematian juga dilaporkan bertambah daripada 21 orang kepada 46 orang, di Wuhan, China. 

Mufti Wilayah , solat hajat , koronavirus

Artikel Sebelum

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain