“Jangan halang mereka” - Kerajaan tiada rancangan sekat pelancong China masuk Malaysia, hanya lakukan saringan - Destinasi | mStar

“Jangan halang mereka” - Kerajaan tiada rancangan sekat pelancong China masuk Malaysia, hanya lakukan saringan

Dr Mahathir ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 anjuran Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS) pada Sabtu. Foto: Bernama

KERAJAAN tidak mempunyai rancangan untuk melarang pelancong dari China memasuki negara ini buat masa ini, demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan, China.

Ujarnya buat masa sekarang, kerajaan hanya akan menjalankan saringan ke atas penumpang dan pelancong yang tiba di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri sahkan 3 pelancong warga China masuk Malaysia positif koronavirus

ARTIKEL BERKAITAN: Dua dah ditahan di Singapura, ramai pertikai bagaimana ahli keluarga lain ‘lepas’ masuk Malaysia - “Mereka sudah ada perancangan”

“Jangan halang mereka. Kita akan periksa mereka (pelancong), dengan memeriksa (mereka) ia akan membolehkan kita mengesan (sebarang tanda virus itu) pada peringkat awal,” katanya pada persidangan akhbar selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru, Johor, positif koronavirus, atau disebut juga Wuhan koronavirus.

Ketiga-tiga pesakit itu, yang diasingkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh, adalah keluarga rapat kepada seorang lelaki warga China berumur 66 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapuara pada 20 Januari dan disahkan pada 23 Januari sebagai kes pertama Singapura dengan individu yang sah positif mengalami virus itu.

Ketiga-tiga pesakit itu terdiri daripada isteri pesakit di Singapura, 65, dan dua cucu pasangan berkenaan.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula pengecualian visa 15 hari bagi pelancong dari China sekiranya wabak itu bertambah buruk, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak akan berbuat demikian pada masa sekarang.

“Pada masa sekarang belum lagi tetapi kita akan memeriksa semua pelancong yang datang ke sini terutama mereka dari China,” katanya.

Mengulas mengenai tiga warga China yang disahkan positif koronavirus, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia perlu terus berjaga-jaga dan memakai topeng mulut dan hidung bila berada di kawasan ramai orang.

Beliau berkata adalah sukar untuk sesebuah kerajaan mengekang penularan wabak tertentu terutamanya dalam situasi dunia kini di mana manusia dan barangan dengan mudah bergerak dari satu negara ke negara lain.

“Oleh itu, membendung daripada jangkitan penyakit adalah lebih rumit daripada dulu,” katanya. - BERNAMA 

koronavirus , China , visa , periksa , positif , wabak , saringan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain