suria

“Ramai salah faham embassy akan tolong semua” - Lelaki ini kongsi tahi burung buat dia terpedaya di Eropah, apa dilakukan selepas beg dicuri

Shazni bergambar di hadapan Grand Place, Brussel pada 9 Januari lalu.

KETERUJAAN seorang pemuda untuk melihat keindahan Brussel, ibu kota Belgium bertukar mimpi negeri apabila beg silangnya yang mengandungi dompet, kad pengenalan, pasport dan wang tunai dicuri ketika berkunjung ke negara itu.

Menurut Muhamad Shazni Mohammad Shah, dia ditegur seorang pemuda berwajah timur tengah ketika dalam perjalanan dari Grand Place Brussel menuju ke stesen bas Noord Station.

"Waktu nak melintas jalan ada seorang pemuda muka macam middle east tegur saya. Dia kata ada kesan tahi burung dekat belakang trench coat saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir jadi mangsa ragut tak rosakkan percutian 4 sahabat di kota cinta Paris

ARTIKEL BERKAITAN:Tak tahu punca! 5 sahabat berdepan mimpi ngeri dihantar pulang sebaik saja kaki jejak Seoul - “Kesian kawan sanggup beli winter jacket harga RM800-RM900”

"Dia ajak untuk bersihkan baju saya. Sebaik melintas jalan ada satu kedai Starbucks dan saya pun minta kat barista nak guna toilet.

"Sampai je toilet saya pun buka sling bag dan letak atas para (tempat macam tukar lampin bayi), manakala pemuda tu tolong ambil dan basahkan tisu dan saya mencucinya," katanya.

Grand Place, lokasi tarikan pelancong di Brussel.

Namun Muhammad Shazni atau lebih mesra disapa Shazni terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba masuk ke tandas yang tidak dikunci sebelum menyedari beg silangnya hilang.

"Waktu tu ada seorang lelaki tiba-tiba masuk toilet tu tapi saya buat tak tahu je. Sebelum saya pakai trench coat semula, lelaki yang tolong saya tu sempat cakap kat saya 'happy journey'.

"Bila dia keluar barulah saya perasaan sling bag saya dah hilang. Jadi saya syak lelaki yang tiba-tiba masuk tu yang curi sling bag saya. Kira secara logiknya mereka berdua kenalan tapi berlakon buat-buat tak kenallah," katanya.

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata dia tidak mengesyaki lelaki tersebut berniat jahat pada awalnya kerana pernah dia pernah menumpangkan dirinya untuk solat di sebuah kedai dekat kawasan berhampiran.

"Sebelum insiden tu ada lelaki jaga kedai tolong saya. Waktu saya sampai tu saya terlepas Zohor dan Asar. Jadi kebetulan orang tu beragama Islam jadi saya minta untuk tumpang solat.

"Waktu tu saya rasa orang di situ semua baik-baik. Sehinggalah insiden sling bag saya dicuri, barulah saya sedar kita tak boleh percaya siapa-siapa melainkan family, kawan-kawan dan kenalan rapat sahaja," katanya.

Shazni gembar melancong bersendirian.

Shazni berkata selepas menyedari beg silangnya dicuri, dia panik tetapi bernasib baik kerana telefon bimbitnya diletakkan di dalam poket jaketnya.

"Masa tu memang panik. Jadi saya pun keluar dari Starbucks tu dan bertanya dengan pekerja kat situ sama ada ternampak lelaki yang baru keluar dari toilet. Mereka kata lelaki tu dah keluar. Saya pun keluar dan tak nampak dah kelibat dia.

"Saya pun tanya pada orang yang lalu-lalang kat mana balai polis terdekat untuk buat report . Bila dah bertenang sikit barulah saya buka handphone. Dan saya bernasib baik sebab dia tak curi sekali handphone saya yang saya letak dalam poket jaket.

Selalu dengar Paris yang banyak kes macam ni. Tapi masa kat Paris saya berhati-hati. Mungkin kat Belgium tu terleka sikit tu yang terkena. Apa pun saya harap kisah ini dapat jadi pengajaran buat semua.

MUHAMAD SHAZNI MOHAMMAD

"Lepas tu saya pun call kedutaan Malaysia di Belgium. Saya terangkan kepada Encik Nel (Khorinelisman Jasli), pegawai tadbir diplomatik dekat sana mengenai masalah saya. Jadi dia offer ambil saya dan tumpangkan saya bermalam di rumahnya sebab kedutaan dah tutup," katanya.

Shazni berkata dia kemudiannya dibantu seorang pegawai tadbir diplomatik yang berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Belgium untuk urusan dokumentasi.

"Ramai orang salah faham bila jadi insiden macam ni embassy tolong kita semua sekali. Sebenarnya tak. Mereka hanya tolong uruskan documentation kita saja tapi tiket balik dan perbelanjaan sebenarnya kita yang tanggung sendiri.

Shazni ketika berkunjung ke Paris.

"Jadi saya ada buat posting dekat media sosial beritahu masalah saya hadapi, termasuk sediakan nombor akaun saya. Kalau siapa nak tolong terpulanglah. Posting saya tu tak viral pun cuma kawan-kawan rapat je yang tahu.

"Namun saya hubungi family minta kirim wang pada Encik Nel sebelum diberikan kepada saya untuk membeli tiket ke London. Sampai di London saya bermalam di rumah seorang penolong pegawai tentera di sana," katanya yang balik ke Malaysia pada 14 Januari lalu.

Dalam pada itu, pemuda berasal dari Pulau Pinang itu berkata dia mengalami kerugian lebih RM3,000 akibat insiden itu.

"Duit dalam wallet ada lebih kurang RM1,000. Bila cancel hotel yang semua dah book jadi total lost dalam RM3,000 lebih. 

"Ini kiranya first experience paling teruk pernah saya alami semasa melancong kali kedua ke Europe sebab hilang semua benda. Sebelum ni kena scam duit je masa kat Vietnam.

"Selalu dengar Paris yang banyak kes macam ni. Tapi masa kat Paris saya berhati-hati. Mungkin kat Belgium tu terleka sikit tu yang terkena. Apa pun saya harap kisah ini dapat jadi pengajaran buat semua," katanya.

Brussel, beg, curi, tahi burung, scammer, bercuti

Artikel Lain