BAGI mereka yang berkemampuan, penerbangan Kelas Pertama menjadi pilihan bagi perjalanan panjang demi keselesaan.
Dengan layanan istimewa, pelbagai kemudahan dan keselesaan pastinya ramai yang mengimpikan untuk merasai layanan tip top itu.
Namun tahukan anda, menaiki penerbangan Kelas Ekonomi lebih berbaloi berbanding Kelas Pertama daripada segi peluang untuk selamat jika berlaku kemalangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak tahu hari apa sesuai untuk tempah pakej pelancongan dan tiket penerbangan? Jom baca artikel ini
Menurut kajian terhadap Boeing 727, sebuah pesawat 'dummy' telah disengajakan mengalami kemalangan dan terhempas di Sonaran, Mexico.
Sepanjang ekperimen itu diuruskan oleh Channer 4 dan sebuah syarikat televisyen, Dragonfly mendapati kedudukan sebelas barisan pertama (yang kebiasaannya paling mahal) telah tercabut dan keadaan bahagian depan pesawat hancur.
Kumpulan pengkaji itu mendapati tiada penumpang yang berada di kelas pertama selamat daripada insiden itu, manakala 78 peratus penumpang yang lain selamat.
Jadi peluang untuk hidup meningkat jika anda memilih tempat duduk di bahagian belakang.
Bekas penyiasat bagi Bahagian Siasatan Kemalangan Udara UK, Anne Evans memeriksa kotak hitam milik pesawat 727.
"Lebih selamat berada di bahagian belakang pesawat di mana terdapat rakaman di situ. Di bahagian belakang mudah terdedah kerana sentiasa berdepan dengan tekanan yang lebih tinggi.
"Saya lebih suka memilih tempat duduk yang selesa di beberapa bahagian yang berdekatan dengan pintu kecemasan," katanya. - Dailymail.co.uk


