Peluang 'kaki drama' tiru gaya artis menerusi platform 'Watch & Shop' di aplikasi dimsum! - Semasa | mStar

Peluang 'kaki drama' tiru gaya artis menerusi platform 'Watch & Shop' di aplikasi dimsum!

Dimsum kini memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu iaitu dimsum Watch & Shop buat pelanggan di Malaysia.

SETANDING dengan keupayaan jalur lebar sememangnya menjadi faktor utama berkembangnya video-on-demand (VOD) di Malaysia dan semestinya menjanjikan satu berita gembira buat mereka yang 'kaki drama'!

Khas bagi anda peminat drama bersiri popular dimsum, penyedia kandungan VOD dimsum kini memperkenalkan ciri e-dagang terbaharu iaitu dimsum Watch & Shop buat pelanggan di Malaysia bermula 5 hingga 15 Disember 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaki ‘gamers’ jangan lepaskan peluang! Ketahui apa istimewanya Vivo NEX3

Apa yang perlu anda tahu menerusi dimsum Watch & Shop ini pelanggan boleh membeli belah pelbagai barangan berdasarkan rancangan yang ditonton.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan potongan harga setiap pembelian minimum RM35.

Termasuklah barangan kecantikan, kesihatan, fesyen, perkakas rumah dan gaya hidup, elektronik, peranti pintar dan gajet.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dimsum, Lam Swee Kim, idea ini diperkenalkan selepas melihat trend terkini penonton gemar meniru gaya selebriti menerusi sesuatu drama yang mereka ikuti.

"Kami melihat trend terkini dalam kalangan penonton yang suka meniru gaya para pelakon yang membintangi sesebuah drama.

"Justeru, kami sangat teruja untuk merealisasikan trend tersebut menerusi dimsum Watch & Shop, yang membolehkan pelanggan mencari produk yang mirip dengan apa yang dilihat menerusi drama. Secara tidak langsung, ia menjadikan pengalaman beli-belah pelanggan menjadi lebih mudah," katanya.

Inilah sembilan judul drama bersiri yang dipilih:

1. My Ambulance
2. Boy For Rent
3. Endless Love
4. Sand Princess
5. Mr. Fighting
6. Love Under The Moon
7. All Is Well (Taiwan)
8. All Is Well (Singapura)
9. Men of Vengeance 2019

Malah ciri istimewa ini boleh diakses melalui aplikasi dimsum di semua telefon pintar dan proses pembelian akan dilengkapkan di Shopee.

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati potongan harga sebanyak RM10 dengan setiap pembelian minimum RM35 dengan menggunakan kod promo DIMSUM1212.

Untuk maklumat lanjut, lawati dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum facebook.com/dimsum.asia atau Instagram @dimsumasia.

dimsum

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain