suria

Kaki ‘gamers’ jangan lepaskan peluang! Ketahui apa istimewanya Vivo NEX3

Berita baik untuk semua, kini Vivo NEX3 berada di pasaran Malaysia.

TAMPIL kelainan daripada model sebelumnya, Vivo memperkenalkan peranti terbaharu Vivo NEX3. Muncul dengan skrin nirbingkai, ia antara yang pertama menggunakan kamera swafoto pop-naik.

Kamera belakang berbentuk bulat seakan Motorola siri Z, ia direka dengan sokongan tiga kamera utama iaitu salah satu lensa menyokong sensor 64MP, selain 13MP sudut ultra-lebar dan 13MP teleskopik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilengkapi 6 kamera, Vivo V17 Pro kini di pasaran... tunggu apa lagi!

Menariknya kelainan telefon pintar NEX3 ini berbanding jenama lain yang ramai tidak tahu adalah peranti ini tidak menggunakan sebarang butang fizikal HTC U12+, tetapi hanya menggunakan butang sensor tekanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu (tengah) ketika majlis pelancaran Vivo model terbaharu NEX3 pada Khamis . 

Terdapat istimewa lain yang perlu anda tahu tentang Vivo NEX3:

1.Memiliki skrin Poled Waterfall Full View 6.89 inci FHD+dan HDR10.

2.Rekaan nirbingkai penuh, dwi-lengkung dengan nisbah skrin-ke-badan adalah 99.6%.

3.Cip pemprosesan yang menjana peranti ini adalah Snapdragon 855+ dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalam sehingga 512GB.

4.Bateri NEX3 adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 44W melalui USB-C dan boleh dipenuhi hanya tempoh 13 minit sahaja.

5.Turut hadir dengan sitem penyejukan cecair dengan tekonologi C-DRX.

6.Masih mengekalkan ‘port bicu’ audio 3.5mm, bagi anda yang tidak mengemari pembesar suara mono.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Vivo model terbaharu.

Selain itu,  Vivo NEX3 menawarkan kemampuan gaming yang sangat baik buat mereka yang kaki ‘gamers’, mana tidaknya peranti ini turut disertakan dengan Snapdragon 855 Plus. Snapdragon 855 Plus merupakan siri tertinggi SoC buatan Qualcomm ketika ini.

Bagi yang mahu menjadi antara yang terawal memilikinya, Vivo NEX3 boleh dibeli secara pra tempah menerusi gedung dalam talian seperti  Lazada dan Shopee dengan harga serendah RM3,899 dan dijual secara rasmi bermula 18 Oktober 2019.

Ada yang nak tempah? Klik je DISINI



vivo, NEX3

Artikel Lain