Wow! Kini Facebook ada aplikasi Fashion++ bantu reviu gaya anda - I-suke | mStar

Wow! Kini Facebook ada aplikasi Fashion++ bantu reviu gaya anda

Facebook bakal melancarkan aplikasi terbaharu iaitu Fashion++ bagi membantu memperbaiki citarasa fesyen penggunanya.

DUNIA fesyen hari ini semakin berkembang dan atas dasar itu laman sosial Facebook bakal memperkenalkan aplikasi terbaharunya dikenali sebagai Fashion++.

Aplikasi terbaharu itu diwujudkan bagi membantu penggunanya tampil lebih bergaya dengan fesyen terkini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cipta model jentera guna kertas, bahan terbuang... bakat remaja ini buat ramai terpana!

Menggunakan teknologi AI atau Artificial Intelligence, aplikasi itu akan menilai, memperbaiki dan memberitahu apa yang perlu dilakukan berhubung pakaian yang dipakai.

Bukan itu sahaja, Fashion++ akan memberitahu anda bagaimana untuk menggayakan pakaian sedia ada tanpa perlu membeli yang baharu.

Facebook mengorak langkah setapak dalam dunia teknologi.

Facebook menggunakan jaringan gambar yang berteknologi tinggi bagi mengenal pasti pakaian menerusi gambar yang dimuat naik sebelum menawarkan beberapa pilihan penambahbaikkan pada gaya seseorang.

Bukan sahaja tentang gaya, aplikasi itu akan mengubah skema warna serta suntingan dan pastinya akan memberi kelainan pada gambar yang dimuat naik.

Inisiatif ini terhasil ketika dunia fesyen sudah semakin berkembang dalam mengeksplorasi teknologi baharu dalam merevolusikan industri tersebut.

Lihat sahaja tahun lalu, Dolce & Gabanna menggunakan drone untuk mempamerkan beg tangan terbaharunya selain Tommy Jeans melancarkan Xplore iaitu koleksi baju T, jaket dan gaun yang dilengkapi mikrocip Bluetooth yang boleh mengesan pergerakan si pemakai.

Faebook , Fashion++ , Aplikasi

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain