suria

Tiada perubahan harga minyak untuk minggu bermula 30 November hingga 6 Disember

Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

TIADA perubahan harga minyak untuk RON97, RON95 dan diesel untuk minggu berikutnya.

Kementerian Kewangan mengumumkan harga untuk minggu berkuat kuasa 30 November hingga 6 Disember itu pada Jumaat.

RON97 kekal pada harga RM2.66 seliter bermula Sabtu.

Harga RON95 juga kekal RM2.08 dan diesel RM2.19 seliter seperti harga ditetapkan minggu sebelum ini.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol untuk RON95 dan diesel sebanyak RM2.36 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 30 November hingga 6 Disember 2019 adalah berjumlah RM115.7 juta. - The Star.

harga minyak, RON97, diesel, RON95

Artikel Lain