Jurujual bebas tuduhan memandu melulu hingga sebabkan kematian 8 remaja berbasikal

Sam terdahulu didakwa di mahkamah sama pada 28 Mac 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. FOTO: BERNAMA.

MAHKAMAH Majistret, di Johor Bahru pada Isnin melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas.

Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada pukul 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh Remaja Berbasikal Ditahan Di Johor Bahru

"Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.

"Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ. Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun, hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu. Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ," katanya.

Menurut Siti Hajar, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekaligus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang malah pihak polis diminta untuk bertindak tegas berhubung aktiviti berkenaan.

"Maka bersandarkan kepada alasan-alasan yang saya nyatakan sebentar tadi, jika saya memutuskan tertuduh untuk membela diri, beliau memilih untuk berdiam diri bagi pertuduhan dikemukakan terhadap beliau.

"Persoalannya adakah saya akan mensabitkan beliau berdasarkan kepada keterangan dikemukakan pihak pendakwaan. Jawapan saya adalah tidak.

Dengan itu, tertuduh mesti dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," kata Siti Hajar.

Mengikut pertuduhan, Sam, yang memakai baju T berwarna putih didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017.

Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Sam terdahulu didakwa di mahkamah sama pada 28 Mac 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizal Mokhtar.

Seramai 46 saksi pendakwaan dikemukan sepanjang perbicaraan yang bermula Ogos 2017 dengan 214 eksibit.

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan serta merta dan wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin.- BERNAMA

 

basikal lajak, Sam Ke Ting

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain