suria

Mayat seorang lagi pemancing ditemui

Tiga pemancing dari Sarawak yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar memancing di perairan Lawas.

MAYAT seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di laut berhampiran Pulau Sari telah ditemukan oleh pasukan sukarelawan bomba dan orang kampung pada 11.30 pukul malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superitendan Roslan Leman dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, mayat Farouk Arlan Ahmad Sabri, 29, tahun yang berkerja sebagai juruteknik Telekom Malaysia cawangan Lawas ditemukan 450 meter daripada mayat pertama yang ditemukan pagi Selasa.

Mayat Yee Chee Tiong,30, seorang ahli perniagaan ditemukan pada 8.35 pagi semalam di Sungai Labi-labi, Lawas.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang daripada tiga pemancing yang hilang ditemui maut

Pada Isnin polis menerima laporan mengenai kehilangan ketiga-tiga lelaki itu ketika mereka memancing di perairan Lawas.

Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, usaha mencari serta menyelamat seorang lagi pemancing Mohd Amirul Bakar,26, yang bekerja sebagai Pembantu Penguatkuasa Kastam Lawas diteruskan mulai 7 pagi Selasa. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain