Pelengkap kehidupan... ini peranan penting BERNAS yang rakyat Malaysia masih tidak tahu! - Semasa | mStar

Pelengkap kehidupan... ini peranan penting BERNAS yang rakyat Malaysia masih tidak tahu!

Malaysia mencatatkan pengambilan 2.7 juta tan padi setiap tahun.

KALAU sehari tak makan nasi, umpama tidak lengkap hidup ini. Lebih-lebih lagi, umum tahu nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah, rakyat Malaysia mengambil kira-kira 80 kilogram nasi setiap seorang, dengan 26 peratus daripada jumlah pengambilan kalori sehari dan perbelanjaan isi rumah secara purata RM44 sebulan. 

Percaya atau tidak, negara ini mencatatkan pengambilan 2.7 juta tan padi setiap tahun, di mana kira-kira 70 peratus pengeluarannya dari Malaysia, manakala selebihnya dari negara lain seperi Thailand, Vietnam dan India.

Setiap butir beras ibarat setitik peluh petani.

Setiap butir beras ibarat setitik peluh petani, betapa besarnya jasa bagi menghasilkan makanan ruji rakyat Malaysia, besarlah juga peranan badan penyelia beras tempatan, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam industri padi dan beras negara.

Begitu pantas masa berlalu, kini sudah 25 tahun BERNAS mengukuhkan kedudukannya dalam meningkatkan keberkesanan produktiviti industri padi dan beras negara sejak 1994.

Ternyata BERNAS melalui perubahan mengikut perubahan masa dan ia makin matang seiring usianya.

Krisis dan kestabilan stok beras negara.

Berikut road map perjalanan yang diharungi badan yang penuh dedikasi bagi menjamin masa depan padi beras negara terus utuh.

- BERNAS mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada 7 Julai 1994 dan diswastakan pada 12 Januari 1996 sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.

- Sejak itu, sukar melihat kenaikan harga beras di pasaran. Walaupun kekurangan beras berlaku pada 2008 sehingga membawa kepada pembelian yang tinggi di pasaran antabangsa, stok beras masih boleh didapati di kedai-kedai tempatan.

Harga runcit beras di Asia.

- Walaupun harga beras global meningkat sebanyak 217 peratus, harga beras tempatan Malaysia lebih stabil dengan peningkatan hanya 30 peratus, dan tiada kekurangan beras dilaporkan.

- Krisis Makanan Dunia 1973 sehingga krisis terakhir berlaku pada 2008 banyak memberi pengajaran untuk Malaysia lebih berwaspada.

- Tahukah anda bahawa pengakhiran situasi itu ekoran tindakan pantas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan BERNAS dalam mengawal situasi dan memastikan kestabilan bekalan dan harga beras domestik?

Stok beras negara jaminan sekuriti makanan.

- BERNAS turut menyerap kos kenaikan harga beras dunia yang melambung bagi memastikan impak yang minimum kepada rakyat.

- Bagi sebarang lebihan bekalan padi, BERNAS sebagai pembeli padi terakhir bertanggungjawab untuk menangani lebihan itu dalam memastikan semua beras tempatan tersedia di pasaran pada harga yang dijamin.

Bernas merupakan pembeli terakhir padi daripada pesawah.

- Peranan BERNAS amat penting, terutama semasa harga beras antarabangsa menjadi rendah, yang berlaku beberapa kali dalam industri beras dan padi.

- BERNAS turut berperanan menguruskan stok simpanan beras negara, membantu kerajaan dalam mengagihkan subsidi padi kepada pesawah, menguruskan Skim Pengilang Padi Bumiputera dan memastikan harga beras stabil dan berpatutan di pasaran untuk rakyat.

Lahirnya BERNAS 25 tahun yang lalu memberikan satu permulaan baharu buat industri padi dan beras di negara ini, menjadikan badan itu lebih matang, dinamik dan berwibawa bagi mengorak langkah menghadapi masa depan.

Subsidi dan insentif tambahan.

BERNAS kini mengendalikan 28 kilang pemprosesan beras daripada 180 kilang beras di Malaysia, dengan purata 500,000 tan metrik beras tempatan setahun.

Tahukah anda, pesawah di negara ini boleh memilih untuk menjual padi mereka di mana-mana kilang, namun sebagai pembeli terakhir padi, kilang beras BERNAS akan membeli setiap hasil padi yang dijual oleh pesawah walau apa jua kualiti atau kuantitinya.

Ia bertujuan untuk menjamin pasaran buat hasil padi tempatan sekali gus memelihara kebajikan golongan pesawah di negara ini.

BERNAS mengendalikan 28 kilang pemprosesan beras di Malaysia.

Pengarah Urusan BERNAS, Ismail Mohamed Yusof menggambarkan 25 tahun BERNAS sebagai satu perjalanan yang memberangsangkan tetapi begitu mencabar.

“Ia merupakan perjalanan yang memberangsangkan tetapi begitu mencabar, menjadi ‘penimbang’ antara kesan harga dan memastikan pesawah dapat bertahan jangka panjang. 

“Peranan itu diteruskan memandangkan beras begitu dekat dengan rakyat Malaysia setiap hari. Justeru, kita masih dapat beras 1kg pada harga RM2.60, yang merupakan kedua terendah di Asia. 

“Pesawah juga tidak perlu lagi bimbang apabila BERNAS sentiasa mengambil hasil mereka pada harga minimum yang dijamin, yang merupakan antara yang tertinggi di rantau ini,” ujar Ismail.

Sebagai pembeli terakhir padi, kilang beras BERNAS akan membeli setiap hasil padi yang dijual oleh pesawah walau apa jua kualiti atau kuantitinya.

‘Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk’ demikian peribahasa Melayu yang mencerminkan falsafah rendah hati BERNAS di sebalik misi untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mudah mendapat bekalan beras. 

Dengan kekuatan seramai 1,200 kakitangan, BERNAS penuh dedikasi berusaha bagi memastikan keperluan beras yang menjadi makanan ruji negara terus dipenuhi.

Ismail Mohamed Yusof , Bernas

Artikel Lain