suria

'Spiderman' Bangladesh ditahan di Bandar Hilir

Seorang lelaki warga Bangladesh yang memakai kostum Spiderman ditahan pihak imigresen di Bandar Hilir minggu lalu.

KELAB Perniagaan Pelancongan Melaka memuji tindakan pegawai Jabatan Imigresen negeri menangkap 'Spiderman' hujung minggu lalu.

Timbalan Presiden Kelab, Dennis Samford berkata lelaki asing itu menjual barangan dan memakai pakaian superhero untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

"Warga asing ini ini membuat wang dengan cepat menjual gambar yang dirakam bersama kepada pelancong di destinasi popular ini.

"Mereka mendapat RM5 hingga RM10 setiap gambar dan boleh menjana RM1,000 sehari pada masa puncak," katanya pada Isnin.

Samford juga berkongsi gambar pegawai imigresen yang menahan seorang warga Bangladesh di Bandar Hilir hujung minggu lalu.

Beliau berkata, warga asing itu menggunakan visa pelancong telah menjual barangan di lokasi popular negeri ini.

Spiderman, Bandar Hilir, Bangladesh

Artikel Lain