23 gadis Rohingya dibawa ke Malaysia diselamat, nyaris jadi korban perdagangan manusia

Gambar sekadar hiasan.

SERAMAI 23 gadis etnik Rohingya diselamatkan selepas dibawa dari kem pelarian ke Dhaka, Bangladesh untuk dihantar ke Malaysia menggunakan laluan udara, kata polis Bangladesh Ahad.

Polis Dhaka turut menahan empat ejen pemerdagangan manusia termasuk pasangan Rohingya dan menemukan lebih 50 pasport Bangladesh daripada mereka pada Sabtu.

Jurucakap polis, Mokhlesur Rahman berkata, mereka menyerbu sebuah kediaman di utara bandar itu dan mendapati kesemua remaja terbabit bersembunyi di sebuah bilik di belakang sebuah kedai jahitan.

"Mereka dijanjikan pekerjaan di Malaysia dan dibawa dari kem pelarian di Cox's Bazar," katanya kepada AFP, merujuk kepada kem Rohingya di daerah pesisiran pantai tenggara Bangladesh.

Pegawai itu berkata, remaja perempuan berusia antara 15 dan 19 berkenaan mungkin dipaksa terlibat dalam aktiviti pelacuran.

"Kita memfailkan kes terhadap empat individu yang ditangkap dan menghantar kesemua remaja kembali ke kem mereka di Cox's Bazar," kata Rahman. - AFP


Dhaka, Rohingya

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia