suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Sandakan: Vivian ketepi empat calon lain, terima 16,012 undi

Vivian (tengah) menerima 16,012 undi sekaligus menewaskan empat pencabarnya yang lain menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan pada Sabtu.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Sandakan menyaksikan kemenangan berpihak kepada calon DAP, Vivian Wong Shir Yee yang menerima 16,012 undi, meninggalkan empat pencabarnya dengan majoriti 11,521 undi.

Calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin menerima 4,491 undi

Tiga calon bebas, Hamzah Abdullah mendapat 788 undi, manakala Sulaiman Abdul Samat mendapat 126 undi dan Chia Siew Yung menerima 178 undi.

Proses pengundian pada Sabtu menyaksikan peratus keluar mengundi sebanyak 54.4 peratus.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Sandakan, Mohamad Hamsan Awang Supain setelah kesemua 93 peti undi dikira dan disahkan.

Artikel Lain