Angkara harta, dua beradik hentak kepala bapa hingga maut - Semasa | mStar

Angkara harta, dua beradik hentak kepala bapa hingga maut

Dua beradik tiba di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, bagi mendapatkan perintah reman meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar kecil:Mangsa, Pardeep Kumar). FOTO: Sinar Harian.

HANYA kerana berebutkan harta, dua beradik tergamak menghentak kepala bapa mereka sehingga maut dalam satu pergaduhan di sebuah rumah di Taman Bercham Sinar di Ipoh pada Jumaat.

Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 21 dan 20 tahun itu memakan diri apabila mereka ditahan polis selepas mangsa, R Pardeep Kumar, 56, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans sebelum ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan.

"Suspek memberi alasan bahawa mangsa telah jatuh katil, bagaimanapun doktor yang merawat lelaki terbabit mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa yang berpunca akibat hentakan.

"Seorang daripada anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan mengesyaki bapanya itu dipukul dua adik lelakinya sehingga tidak sedarkan diri," katanya.

Menurutnya, berdasarkan temubual bersama lelaki berusia 34 tahun itu, dua beradik dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana harta berikutan mangsa bekerja sebagai peniaga.

"Mangsa pernah mengadu yang kedua-dua suspek selalu memukul dan mencuri wang simpanannya. Tiada sesiapa yang melihat kejadian tersebut dan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama dua suspek terbabit.

"Abang kepada kedua-dua suspek hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh adik perempuannya," katanya.

Mazuki berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk teruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Sinar Harian.

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain