suria

Harga RON97 naik 5 sen, RON95, diesel kekal

Harga bahan api petrol RON97 naik bagi tempoh 13 April 2019 sehingga 19 April 2019.

HARGA runcit bahan api petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik lima sen dari RM2.63 kepada RM2.68 seliter.

Pengumuman harga bahan api itu diguna pakai bagi tempoh 13 April sehingga 19 April 2019.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Jumaat, berdasarkan pengiraan di bawah formula mekanisme harga automatik APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 13 April 2019 sehingga 19 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter masing-masing. 

"Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," demikian menurut kenyataan itu.

Kerajaan memperkenalkan semula kaedah apungan harga mingguan bagi petrol dan diesel mulai 1 Januari 2019 menggunakan formula APM.

Pada 27 Februari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan kabinet akan mengurangkan harga siling dari RM2.20 ke RM2.08 seliter.

diesel, ron95, ron97

Artikel Lain