suria

8 rakyat malaysia antara 16 sesak nafas dalam kebakaran hotel di Songkhla

Asap tebal dalam kebakaran sebuah hotel enam tingkat di Sadao, Songkhla, selatan Thailand. Foto Facebook Plodpai Sam-hok rescue team

SERAMAI 16 pelancong termasuk lapan rakyat Malaysia mengalami sesak nafas kerana terhidu asap tebal dalam kebakaran sebuah hotel enam tingkat di Sadao, Songkhla, selatan Thailand, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi (waktu tempatan) itu, kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri        dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Sadao, Leftenan Kolonel Winai Sakeeyasatien, ketika dihubungi Bernama berkata, lapan rakyat Malaysia termasuk seorang wanita, kesemua  berusia antara 24 dan 58 tahun, dihantar ke tiga buah hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, katanya, lima daripada mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar manakala tiga lagi masih meneruskan rawatan.

Beliau berkata, ketika kejadian, seramai 30 pelanggan menghuni hotel 200 bilik itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. - Bernama

hotel, rakyat Malaysia

Artikel Sebelum

Kilang silikon terbakar

Artikel Berikut

Artikel Lain