suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kilang silikon terbakar

Sebuah kilang terbakar di Pulau Indah, Klang pada Jumaat malam.

SEBUAH kilang di Pulau Indah, Klang terbakar pada Jumaat malam.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di sebuah kilang silikon di pulau tersebut pada pukul 9.16 malam.

Difahamkan sekurang-kurangnya tiga balai bomba menggerakkan jentera dan anggota mereka untuk memadamkan kebakaran.

Dipercayai kebakaran itu membabitkan kilang di kawasan berkeluasan 1.2 hektar.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera buat masa ini.

Jurucakap jabatan bomba mengesahkan kejadian itu.

Kebakaran di kilang tersebut dipadamkan pada pukul 11.30 malam dan tindakan susulan sedang dijalankan untuk memadamkan kebakaran di longkang berhampiran. - The Star



kilang, Pulau Indah, silikon

Artikel Lain