suria

Paddy Abd Halim dilantik KP Kastam baharu

Paddy Abd Halim.

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) pada Selasa mengumumkan pelantikan Datuk Paddy Abd Halim sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu, berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Beliau menggantikan Datuk Sri Subromaniam Tholasy yang telah menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 9 Mac 2019.

Menurut kenyataan media kementerian itu pada Selasa, Paddy memulakan kerjaya sebagai Penguasa Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Perak pada 1983.

Beliau juga pernah bertugas di beberapa cawangan dan bahagian di JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di ibu pejabat sebelum dilantik sebagai Pengarah, Bahagian Pengurusan Pematuhan pada 2011.

Pada 15 Julai, 2016, beliau dinaikkan pangkat ke Gred Utama B sebagai Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) dan seterusnya pada 1 Julai 2017 menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST).

“Kementerian Kewangan merakamkan setinggi penghargaan kepada Datuk Sri Subromaniam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang sebagai Ketua Pengarah Kastam terutamanya dalam memimpin JKDM ke arah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dengan jayanya," menurut kenyataan itu. - Bernama

Paddy Abd Halim, Kastam

Artikel Lain